Begitu banyak jasa & pengorbanan si ibuku yang telah dilkukan untuk membesarkan kami adik-beradik.. Bertahan diri menampung kami di dalam perut namun sedikit pun tidak mengeluh.. Namun, tetap dibelainya perut itu bukti betapa kasih & sayangnya si ibu kepada anak yang dikandungkan.. Setelah hampir 9 bulan 10 hari menampung beban, menggadai nyawa pula semata-mata mahu melihat zuriat lahir ke muka bumi.. Walaupun kau meraung kesakitan... Walaupun kau menangis menahan keperitan... Namun difikiranmu biarlah nyawa tergadai asalkan si anak selamat dilahirkan... Senyumanmu terukir bila mendengar tangisan si anak... Tangisan kegembiraan pabila mendengar si suami melaungkan azan ke telinga kanan si anak... Segala keperitan dilupakan... Segala kesakitan berubah menjadi kegembiraan... Semuanya buat si anak... Begitu suci niatmu ibu... Begitu murni jiwamu ibu...
Kau menyusukan si anak.. Kau tatang bagai minyak yang penuh... Kau takkan biarkan walaupun seekor nyamuk menggigit si anak... Tidak kira masa, kau tetap akan bangun bila mendengar si anak berteriak menangis...
Kau didik si anak bermula dengan A.B.C... Kau bimbing mereka sehingga dewasa tanpa rasa penat & jemu... Kau korbankan semuanya untuk si anak... Entah berapa yang telah kau laburkan untuk melihat si anak berjaya... Kau bergolok bergadai semata-mata memenuhi kehendak si anak ketika di menara gading... Kerana apa???? Kenaka kau begitu menyanyangi mereka... Kerana kau pasti, mereka mampu membahagiakan kau di hari tua....
Namun, di manakah pelabuhan terakhir buatmu???? Dijaga oleh anak-anakmu??? Atau di rumah orang-orang tua??? Bila difikirkan, bukan kemewahan yang ditagih si ibu... Bukan wang ringgit yang disimpati... Cuma kasih dan sayang dari kami si anak...
Walau kau dicampak ke rumah orang tua, namun senyuman masih terukir... Senyuman itu tidak pernah lekang dari bibirmu... Namun di hatimu hanya TUHAN sahaja yang tahu.... Walau apapun yang terjadi, kau tetap mendoakan kebahagiaan & kesejahteraan si anak... Kau tetap setia menanti kehadiran si anak... Kau tetap menunggu untuk dibawa pulang ke pangkuan mereka... Namin, ada juga di antara mereka yang telah menghembuskan nafas yang terakhir di kamar yang sepi....
Runtum hatiku ini bila melihat wajah mak....
Terlintas di fikiranku, adakah aku mampu membalas segala jasa & budimu mak????
Adakah aku mampu jadi sepertimu mak????
Adakah aku kuat sepertimu mak????
Aku sedar aku banyak meyakiti hatinya....
Aku sedar aku bukan seorang anak yang soleh...
Aku sedar aku bukan anak yang baik...
Aku sedar aku bukanlah anak yang pandai...
Aku sedar aku tidak pandai menjaga hatinya...
MAK.....
Ariff sedar Ariff selalu sakiti hati mak...
Ariff sedar Ariff selalu buat mak menangis...
Ariff sedar Ariff pernah buat mak kecewa...
Ariff sedar Ariff tak mampu membahagiakan mak...
Ampunkan Ariff mak...
Ariff tiada niat untuk lukakan hati mak...
Ariff janji dengan mak Ariff akan tebus semua kesalahan Ariff pada mak...
Insya Allah selagi nyawa Ariff masih ada, Ariff akan jaga mak macam mana mak jaga Ariff dulu....
Ariff tau mungkin Ariff tidak setanding mak, tapi Ariff akan cuba yang terbaik untuk membahagiakan mak....
Ariff janji mak.....
Puan Piah Binti Omar, kaulah segalanya bagiku.....
='(
Anakmu,
Muhammad Ariff
22.9.2010