Friday, October 29, 2010
mR Bo YaNg SeMaKiN KuRuS
Sunday, October 24, 2010
KiSaH MaLaM PeRTaMa....
Saturday, October 23, 2010
HoW To MaKe A BuSiNeSS?????
Wednesday, October 20, 2010
20102010
Tuesday, October 19, 2010
SaYa BaNnGGa DeNgaN aDiK SaYa!!!!!
KL eMeRGeNcY TRip?!?!?!?
Howdy guys!!!! Sorry dah lama x update blog... Sangat busy dengan life skang... Plus my final examination just around the corner.... So, busy la nak study... Ye la, my final semester dah.... OK2... Kita berbalik kepada tajuk utama kita "KL EMERGENCY TRIP"... Pelik kan bunyi tajuk kali ni... Sebenarnyer sume ni berlaku bila my lovely mom dapat panggilan mengejut from her sister.... My cousin suspect lectoporosis (kencing tikus) but yang paling membuatkan kami semua risau & terus ke hospital Sg Buloh bila dapat berita yang keadaannya semakin teruk... Masuk ICU.... Sangat sedih & takut masa tu....
Alhamdulillah, setelah beberapa hari kami berulang alik ke hospital, keadaan my cousin semakin stabil... Tanx jugak kat MIKA senget coz sudi jenguk sepupu aku & jumpa aku... Gler lama x jumpa ko kan??? Dah tinggi skang!!! Mcm tak percaya aku budak pendek dah panjang skang... Hahahahaha.... Anyway, to MR Q tanx so much sudi datang untuk bersama keluarga & luangkan masa walaupun busy dengan kerja.... I'm so happy!!!! =)
Memandangkan kami dah ke KL, apa lagi, my mom amik peluang untuk berjalan... Ala, bukan selalu kan??? Lagipun mmg kami nak cari samping for my brother yang nak kawin 12/12 ni... Aku pun nak cari kain ela untuk buat baju melayu... So, alang2 beli la skali kan???? Senang.... Hahahahaha..... But, sangat la memenatkan kena jaga anak buah aku, Mr Haiqhal.... Haih =.='
Pantang nampak cermin....
Malam tu, kami pergi la makan satay kat Putrajaya (persint 9)... This place was suggested by MR Q and kami berdua mmg pernah makan kat sini.... Best wow satay kat sini... Layan.....
Saturday, October 16, 2010
Wednesday, October 13, 2010
Hargailah Insan Yang Mencintai Kamu....
1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
2] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
3]Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
4] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
5] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
6] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
7] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
8] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
9] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
10] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
11] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
12] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
13] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, namun dekat di hati?’
14] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
15] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
16] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
17] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
18] Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
19] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
20] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
21] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
* Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia- siakan orang tersebut… kamu akan menyesal melakukannya!