Thursday, March 18, 2010

DeRMa DaRaH?????

Naik berat badan, proses yang menyakitkan dan penyakit boleh merebak????? Aiyo!!!!! Ni la antara kepercayaan atau andaian yang menyekat kerjasama masyarakat untuk menderma darah. Ada pakar perubatan yang menyangkal andaian tersebut dan sebaliknya menegaskan bahawa menderma darah sangat baik untuk kesihatan selain dapat merangsang pertumbuhan sel-sel darah baru. Menderma darah bukanlah satu punca kegemukan. Ni la penyebab kawan-kawan aku ramai yang tak nak derma darah. Teori mana la korang amik ni kan????? Menurut Ketua Pegawai Perubatan di Pusat Kesihatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Dinon Mohd menjelaskan bahawa sekiranya penderma darah mengalami kenaikan berat badan, ia bukan berpunca daripada aktiviti menderma darah tetapi melibatkan faktor berpengaruh yang lain. So, korang jangan lah takut & jangan la memandai buat teori sendiri... So, lepas ni boleh la join aku derma darah kan????? =P
Seronok woooo derma darah... Aku siap gelak2 lagi...
Hahahahaha.....
Ni baru derma darah, dah ada orang datang melawat....
Hehehehehehhe.....

p/s: Abd Bo nak derma darah lagi lepas ni.... Dah tak terkira rasanya derma darah.... Kenapa? Happy sangat coz dapat menyelamatkan nyawa orang.... Hehehehehe =)

No comments:

Post a Comment